Wednesday, May 20, 2009

Rumah Dah Siap...


akhirnya rumah aku dah siap. tapi tak siap sepenuhnya sebab tak pasang gate lagi. yang lain-lain kiranya dah siap ler. bila dah siap nampak cantik lak. ramai kawan kawan aku puji cantik rumah. warna cat pun cantik kata diaorang. (siapa nak puji kalau tak diri sendiri kan...hehehehe). rumah nie siap last week. so dalam jangka masa lebih kurang 1 bulan rumah aku siap. kira ok la tu. sekarang nie kawan husband aku lak nak renovate rumah. so husband aku rekemenkan abang yang buat rumah aku nie (namanya abang mat) pada kawan dia. so, kawan husband aku confirm ambil abang mat nie. abang mat nie buat rumah kemas. lagi satu masa dia tengah keje dia tak suka nak sembang sembang. dia akan buat keje dia sampai habis baru dia nak sembang. bukan apa, mama aku nie suka menyembang. mama la yang akan layan abang mat nie. mama kata bila buat keje sambil sembang cepat je masa berlalu. lagi satu nak mungkin nak hilangkan boring dia. tapi abang mat nie lain sikit. tapi abang mat nie memang ok. sporting pun ye. lagi satu dia nak juga terima pandangan kita. sesetengah orang yang buat rumah taknak terima idea atau pandangan orang lain. kalau kawan kawan nak buat rumah ke aku boleh tolong rekemenkan...(promo la pulak....hahahah)


ni aku attachkan dua keping gambar masa tengah renovate. hari tu tak sempat nak attachkan. sekeping ni pic dalam rumah. tapi ada letak tiang di kiri dan kanan. kat tengah tengah lak ada arch. nanti aku attachkan gambar ni yang dah siap. lupa lak nak ambil. nanti aku attachkan sekali gambar dalam rumah. nie semua dari pandangan luar.

ok...byeee

Wednesday, May 13, 2009

Renovate Rumah



sebenarnya sekarang nie rumah aku tengah renovate. rumah aku rumah teres je. dah hampir siap. maybe tinggal 5% je lagi. renovation start pada 6/4/09 lepas. kebetulan tarikh tu adalah hari anniversary parents aku. kiranya hadiah utk mama dan papa la. sebenarnya mama aku dah lama mengimpikan sebuah rumah yang luas utk kami sekeluarga. mungkin pada orang lain tak sebesar mana. tapi pada kami sekeluarga ianya dah lebih dari cukup. aku bersyukur pada rezeki yang diberikan Allah s.w.t. kerana dengan rezeki ini lah aku dapat merealisasikan impian mama.

walau pun rumah aku bukan rumah banglo tapi aku bersyukur sekurang kurangnya aku sudah mempunyai sebuah rumah pada usia yang muda iaitu pada usia aku 25 tahun. rumah nie aku hadiahkan pada mama papa. aku sekarang stay kat cheras, kuarters husband. tapi kadang kadang aku tido kat rumah nie. jarang stay kat cheras sebab husband aku selalu outstation la...operasi la. husband aku polis FRU. Bz memanjang je dia.

ni aku attachkan gambar² masa renovation rumah. gambar nie dah hampir siap. sebenarnya ada lagi gambar² masa 40% progress. tapi gambar tu semua ada dalam hp husband. nanti aku attachkan lagi.

seperti yang aku bagi tau awal², aku nie masih lagi baru dalam bidang nie. so, kalau ada kekurangan pejam sebelah mata je la ek....

ok...see u in next entry....byeeee

Thursday, April 30, 2009

Saje saje je...

rasa seronok pulak bila buat blog sendiri nie. secara tak langsung boleh jugak meningkatkan gaya penulisan aku. aku nie suka membaca novel. so, macam terikut ikut la gaya bahasa dalam novel. rasa macam aku nie pengarang novel lak...hehehe....ok la tu (tiru gaya saida sat)...nak terbit novel sendiri memang takde laa...so anggap blog aku nie macam novel laa...

kepada rakan rakan yang melawat blog aku nie, aku ucapkan terima kasih. sebarang komen daripada anda semua aku terima dengan senang hati. mungkin dengan pandangan anda semua aku boleh perbaiki blog aku nie. aku masih baru dalam blog nie. so, kalau ada apa apa kekurangan atau kelemahan korang semua abaikan je la ek..?? :)

patutnya aku wat post nie dahulu. baru wat post pasal anak aku. ye la orang baru first time belajar wat blog nie. excited giler ler...hehehe...takde salam, takde apa main terjah je...(macam abang nas melodi tu)

aku harap aku dapat sentiasa update blog aku nie. harap rakan rakan semua dapat bagi sokongan pada aku. lagi setengah jam aku nak balik dah. so, rasanya nie post aku yang terakhir utk hari nie. ada masa, ada cerita terbaru aku update lagi.

akhir kata selamat bercuti sempena esok hari pekerja 1 mei. semoga segala perancangan anda semua berjalan dengan sempurna. kita berjumpa lagi pada hari isnin....insyaallah

gambar gambar afiq...




Tiba Saat Melahirkan Afiq...

pada 22 dis 2008 jam 5 pagi, tiba tiba aku terasa seperti ada air yang keluar. aku kejutkan suamiku. aku ingatkan air kencing. bila tanya pada mama, mama bagitau itu la air ketuban. aku pun bersihkan diri dan bersiap. kemudian, suamiku bawa aku ke hospital putrajaya. sampai di hospital hampir pukul 6 pagi. selepas diperiksa oleh doktor, bukaan aku hanyalah 1 sm sahaja. aku ditahan wad.

pukul 3 ptg doktor sekali lagi periksa bukaanku. kali ini 3 sm. masa nie aku dah mula rasa sakit. tapi aku cuba utk bertahan lagi. makin lama makin kuat sakitnya. suamiku hanya mampu meredakan perasaan aku. pada jam 8 malam aku dibawa ke labor room.

ketika di dalam labor room aku makin sangat. terutamanya di bahagian pinggang aku. ketika ini baru la aku merasa sakit setiap 5 minit. setiap kali sakit, aku akan menyuruh suamiku mengurut di bahagian pinggangku. tak penah aku rasakan sakit yang sebegini sangat. ketika ini aku rasakan macam nak putus nyawa. ketika ini lah aku terbayangkan betapa besarnya pengorbanan mamaku ketika melahirkan aku dan adik adik.

akhirnya setelah hampir 5 jam di dalam labor room, pada pukul 1:09 pagi 23 dis 2009, aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sungguh comel dengan berat 3.2 kg. setelah anakku siap dibersihkan, jururawat memberikan anakku kepada aku. buat pertama kalinya aku memegang anakku. sebak ada, terharu ada, gembira ada....semua bercampur sekali...

pada hari nie 30 april 2009, afiq telah berusia 4 bulan. bertuah aku mendapat afiq kerana afiq seorang anak yang tidak banyak ragam. kalau afiq bangun dari tido untuk menyusu, afiq hanya akan senyum saja. mungkin ini hikmah yang aku dapat. ketika mengandungkan afiq aku memang teruk sangat sangat. jadi bila dapat anak Allah memberikan aku seorang anak yang memahami kesengsaraan ibunya ketika mengandungkan dia.

suamiku juga banyak membantu aku menjaga afiq ketika dalam pantang, waktu dia bercuti 14 hari. kebetulan pulak masa afiq seminggu mama, papa dan fizi kena balik penang sebab pakcik aku meninggal dunia. (masa dalam pantang aku tinggal kat umah mama) jadi semua kerja rumah termasuk menjaga hafiz (adikku yang istimewa) diuruskan oleh suamiku. waktu makan aku semuanya suamiku yang sediakan. aku tak dibenarkan buat apa apa pun. bertuah aku bersuamikan Mohd Asrul Abdul Aziz dan bertuah aku dikurniakan anak Afiq Zafran Mohd Asrul.

Saat Mengandungkan Afiq

aku telah disahkan mengandung pada tahun lepas dalam bulan 3 kalau tak silap. itu pun setelah beberapa bulan lepas aku kahwin. excited memang excited. tapi aku cuba kawal diri. kata mak aku jangan terlalu seronok sangat. sebab masih baru lagi. takut jadi apa apa nanti. masa tu pulak husband aku masih lagi bekerja di terengganu. husband aku memang happy la. agaknya memang rezeki anak...bila aku hamil je husband aku pun dapat transfer ke kl. lega sikit hati aku. masa ni aku ok lagi. masih boleh makan dan buat aktivit macam biasa. tapi masuk je pertengahan bulan april aku dah mula 'mabuk mabuk'. mama aku kata biasa la tu pada peringkat awal. dah 3,4 bulan ke atas hilang la semua tu. aku pun terima kata kata mama.

pada harijadi aku yang ke 27 pada tahun lepas iaitu 28 april 2008 aku dalam hospital. aku ditahan dalam seminggu. puncanya sebab aku kekurangan air dalam badan. bayangkan sehari asyik muntah muntah je. memang aku tak lalu makan langsung. aku tak makan pun aku muntah. aku ingatkan alahan ni sampai 2,3 bulan je. rupa rupanya setiap kali aku pergi check kat klinik, setiap minggu, setiap kali itu la aku kena admit kat wad. sampaikan aku naik takut nak pi check kat klinik sebab aku memang tau aku akan kena admit wad.

sampai la kandungan aku berusia 6 bulan aku masih lagi alahan teruk. soal keje tak payah cakap la. asyik MC je kejenya. cuti aku pulak habis langsung. masa kandungan 6 bulan ni pun aku masih lagi kena admit. sampaikan ada sorang doktor tu cakap kat aku "rasa macam penah tengok muka puan nie" aku cakap kat doktor tu "apa tak penahnya, baru minggu lepas discharge dari wad". masa aku nak kena admit wad husband aku la yang paling banyak berkorban utk aku. kesian sangat pada dia. sampaikan ada satu hari tu, sehari suntuk dia tak makan sebab nak uruskan kemasukan aku ke wad. kesian dia.

due date aku iaitu 16 dis 2008, tapi seminggu sebelum tu aku dan husband bersembang. kami bayang kan dalam minggu depan kami akan bergelar ibu dan ayah. kami juga bayangkan kemungkinan husbandku akan sibuk waktu itu. ialah mana nak uruskan dokumen-dokumen semua, nak uruskan cuti dia lagi, itu la ini laa...

akhirnya tiba la tarikh 16 dis 2008. pada hari ini aku kena pi klinik utk pemeriksaan. sebelum tu aku dah berdebar debar dah. makin hampir due date aku makin berdebar bila ingat saat nak bersalin. tapi bila pi check doktor cakap aku belum nak bersalin lagi. lupa nak bagi tau sampai saat ini aku masih lagi muntah muntah. tapi selera makan dah ada sikit la. keje pun masih lagi asyik MC je. aku masih lagi teruskan aktiviti seperti biasa.

aku akan sambung dalam post yang berikutnya...