Digital clock

Wednesday, May 20, 2009

Rumah Dah Siap...


akhirnya rumah aku dah siap. tapi tak siap sepenuhnya sebab tak pasang gate lagi. yang lain-lain kiranya dah siap ler. bila dah siap nampak cantik lak. ramai kawan kawan aku puji cantik rumah. warna cat pun cantik kata diaorang. (siapa nak puji kalau tak diri sendiri kan...hehehehe). rumah nie siap last week. so dalam jangka masa lebih kurang 1 bulan rumah aku siap. kira ok la tu. sekarang nie kawan husband aku lak nak renovate rumah. so husband aku rekemenkan abang yang buat rumah aku nie (namanya abang mat) pada kawan dia. so, kawan husband aku confirm ambil abang mat nie. abang mat nie buat rumah kemas. lagi satu masa dia tengah keje dia tak suka nak sembang sembang. dia akan buat keje dia sampai habis baru dia nak sembang. bukan apa, mama aku nie suka menyembang. mama la yang akan layan abang mat nie. mama kata bila buat keje sambil sembang cepat je masa berlalu. lagi satu nak mungkin nak hilangkan boring dia. tapi abang mat nie lain sikit. tapi abang mat nie memang ok. sporting pun ye. lagi satu dia nak juga terima pandangan kita. sesetengah orang yang buat rumah taknak terima idea atau pandangan orang lain. kalau kawan kawan nak buat rumah ke aku boleh tolong rekemenkan...(promo la pulak....hahahah)


ni aku attachkan dua keping gambar masa tengah renovate. hari tu tak sempat nak attachkan. sekeping ni pic dalam rumah. tapi ada letak tiang di kiri dan kanan. kat tengah tengah lak ada arch. nanti aku attachkan gambar ni yang dah siap. lupa lak nak ambil. nanti aku attachkan sekali gambar dalam rumah. nie semua dari pandangan luar.

ok...byeee

Wednesday, May 13, 2009

Renovate Rumah



sebenarnya sekarang nie rumah aku tengah renovate. rumah aku rumah teres je. dah hampir siap. maybe tinggal 5% je lagi. renovation start pada 6/4/09 lepas. kebetulan tarikh tu adalah hari anniversary parents aku. kiranya hadiah utk mama dan papa la. sebenarnya mama aku dah lama mengimpikan sebuah rumah yang luas utk kami sekeluarga. mungkin pada orang lain tak sebesar mana. tapi pada kami sekeluarga ianya dah lebih dari cukup. aku bersyukur pada rezeki yang diberikan Allah s.w.t. kerana dengan rezeki ini lah aku dapat merealisasikan impian mama.

walau pun rumah aku bukan rumah banglo tapi aku bersyukur sekurang kurangnya aku sudah mempunyai sebuah rumah pada usia yang muda iaitu pada usia aku 25 tahun. rumah nie aku hadiahkan pada mama papa. aku sekarang stay kat cheras, kuarters husband. tapi kadang kadang aku tido kat rumah nie. jarang stay kat cheras sebab husband aku selalu outstation la...operasi la. husband aku polis FRU. Bz memanjang je dia.

ni aku attachkan gambar² masa renovation rumah. gambar nie dah hampir siap. sebenarnya ada lagi gambar² masa 40% progress. tapi gambar tu semua ada dalam hp husband. nanti aku attachkan lagi.

seperti yang aku bagi tau awal², aku nie masih lagi baru dalam bidang nie. so, kalau ada kekurangan pejam sebelah mata je la ek....

ok...see u in next entry....byeeee