Thursday, April 30, 2009

Saat Mengandungkan Afiq

aku telah disahkan mengandung pada tahun lepas dalam bulan 3 kalau tak silap. itu pun setelah beberapa bulan lepas aku kahwin. excited memang excited. tapi aku cuba kawal diri. kata mak aku jangan terlalu seronok sangat. sebab masih baru lagi. takut jadi apa apa nanti. masa tu pulak husband aku masih lagi bekerja di terengganu. husband aku memang happy la. agaknya memang rezeki anak...bila aku hamil je husband aku pun dapat transfer ke kl. lega sikit hati aku. masa ni aku ok lagi. masih boleh makan dan buat aktivit macam biasa. tapi masuk je pertengahan bulan april aku dah mula 'mabuk mabuk'. mama aku kata biasa la tu pada peringkat awal. dah 3,4 bulan ke atas hilang la semua tu. aku pun terima kata kata mama.

pada harijadi aku yang ke 27 pada tahun lepas iaitu 28 april 2008 aku dalam hospital. aku ditahan dalam seminggu. puncanya sebab aku kekurangan air dalam badan. bayangkan sehari asyik muntah muntah je. memang aku tak lalu makan langsung. aku tak makan pun aku muntah. aku ingatkan alahan ni sampai 2,3 bulan je. rupa rupanya setiap kali aku pergi check kat klinik, setiap minggu, setiap kali itu la aku kena admit kat wad. sampaikan aku naik takut nak pi check kat klinik sebab aku memang tau aku akan kena admit wad.

sampai la kandungan aku berusia 6 bulan aku masih lagi alahan teruk. soal keje tak payah cakap la. asyik MC je kejenya. cuti aku pulak habis langsung. masa kandungan 6 bulan ni pun aku masih lagi kena admit. sampaikan ada sorang doktor tu cakap kat aku "rasa macam penah tengok muka puan nie" aku cakap kat doktor tu "apa tak penahnya, baru minggu lepas discharge dari wad". masa aku nak kena admit wad husband aku la yang paling banyak berkorban utk aku. kesian sangat pada dia. sampaikan ada satu hari tu, sehari suntuk dia tak makan sebab nak uruskan kemasukan aku ke wad. kesian dia.

due date aku iaitu 16 dis 2008, tapi seminggu sebelum tu aku dan husband bersembang. kami bayang kan dalam minggu depan kami akan bergelar ibu dan ayah. kami juga bayangkan kemungkinan husbandku akan sibuk waktu itu. ialah mana nak uruskan dokumen-dokumen semua, nak uruskan cuti dia lagi, itu la ini laa...

akhirnya tiba la tarikh 16 dis 2008. pada hari ini aku kena pi klinik utk pemeriksaan. sebelum tu aku dah berdebar debar dah. makin hampir due date aku makin berdebar bila ingat saat nak bersalin. tapi bila pi check doktor cakap aku belum nak bersalin lagi. lupa nak bagi tau sampai saat ini aku masih lagi muntah muntah. tapi selera makan dah ada sikit la. keje pun masih lagi asyik MC je. aku masih lagi teruskan aktiviti seperti biasa.

aku akan sambung dalam post yang berikutnya...

No comments:

Post a Comment