Thursday, April 30, 2009

Tiba Saat Melahirkan Afiq...

pada 22 dis 2008 jam 5 pagi, tiba tiba aku terasa seperti ada air yang keluar. aku kejutkan suamiku. aku ingatkan air kencing. bila tanya pada mama, mama bagitau itu la air ketuban. aku pun bersihkan diri dan bersiap. kemudian, suamiku bawa aku ke hospital putrajaya. sampai di hospital hampir pukul 6 pagi. selepas diperiksa oleh doktor, bukaan aku hanyalah 1 sm sahaja. aku ditahan wad.

pukul 3 ptg doktor sekali lagi periksa bukaanku. kali ini 3 sm. masa nie aku dah mula rasa sakit. tapi aku cuba utk bertahan lagi. makin lama makin kuat sakitnya. suamiku hanya mampu meredakan perasaan aku. pada jam 8 malam aku dibawa ke labor room.

ketika di dalam labor room aku makin sangat. terutamanya di bahagian pinggang aku. ketika ini baru la aku merasa sakit setiap 5 minit. setiap kali sakit, aku akan menyuruh suamiku mengurut di bahagian pinggangku. tak penah aku rasakan sakit yang sebegini sangat. ketika ini aku rasakan macam nak putus nyawa. ketika ini lah aku terbayangkan betapa besarnya pengorbanan mamaku ketika melahirkan aku dan adik adik.

akhirnya setelah hampir 5 jam di dalam labor room, pada pukul 1:09 pagi 23 dis 2009, aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sungguh comel dengan berat 3.2 kg. setelah anakku siap dibersihkan, jururawat memberikan anakku kepada aku. buat pertama kalinya aku memegang anakku. sebak ada, terharu ada, gembira ada....semua bercampur sekali...

pada hari nie 30 april 2009, afiq telah berusia 4 bulan. bertuah aku mendapat afiq kerana afiq seorang anak yang tidak banyak ragam. kalau afiq bangun dari tido untuk menyusu, afiq hanya akan senyum saja. mungkin ini hikmah yang aku dapat. ketika mengandungkan afiq aku memang teruk sangat sangat. jadi bila dapat anak Allah memberikan aku seorang anak yang memahami kesengsaraan ibunya ketika mengandungkan dia.

suamiku juga banyak membantu aku menjaga afiq ketika dalam pantang, waktu dia bercuti 14 hari. kebetulan pulak masa afiq seminggu mama, papa dan fizi kena balik penang sebab pakcik aku meninggal dunia. (masa dalam pantang aku tinggal kat umah mama) jadi semua kerja rumah termasuk menjaga hafiz (adikku yang istimewa) diuruskan oleh suamiku. waktu makan aku semuanya suamiku yang sediakan. aku tak dibenarkan buat apa apa pun. bertuah aku bersuamikan Mohd Asrul Abdul Aziz dan bertuah aku dikurniakan anak Afiq Zafran Mohd Asrul.

No comments:

Post a Comment